12 Mei Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam
Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam yang merupakan sebuah kawasan paya air tawar seluas kira-kira lebih 10 hektar, terletak di Seberang Perai Utara. Namanya ‘Air Hitam Dalam’ merujuk kepada sebatang sungai yang gelap dan dalam yang terletak berhampiran. Hutan ini yang merupakan habitat kepada sebuah ekosistem yang terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan, terutamanya burung, juga mempunyai dua menara tinjau yang dihubungkan dengan jambatan gantung sepanjang 210 meter. Aktiviti mencerap burung boleh dilakukan di tapak untuk mencerap burung yang berkanopi dan dihubungkan dengan pelantar laluan sepanjang 1,163 meter.
Hari Beroperasi
Isnin – Ahad
Waktu Beroperasi
7.00 pagi – 6.30 petang
Alamat
13310 Air Hitam, Pulau Pinang, Malaysia
Laman web
http://www.facebook.com/airhitamdalam/