25 Apr Bulatan Balik Pulau
Bulatan Balik Pulau ialah mercu tanda unik yang mesti dilawati. Monumen bersejarah yang kecil namun menyimpan banyak sejarah ini dibina pada tahun 1882 oleh, hartawan Cina Koh Seang Tatt untuk memperingati kunjungan Gabenor Melaka ketika itu, Sir Frederick Weld ke Balik Pulau. Dahulu kala, mercu tanda yang ikonik ini digunakan sebagai pam air awam serta palung air untuk gajah, lembu dan kuda. Bulatan ini menandakan pertemuan tiga jalan utama dari bahagian lain di Pulau Pinang.
Alamat
Jalan Balik Pulau, Balik Pulau