25 Apr Pekan lama Bukit Mertajam yang menawan
Setelah menghirup udara segar alam semula jadi, bersiar-siarlah di sekitar pekan lama Bukit Mertajam yang menawan. Jangan lupa untuk singgah di rumah lama keluarga Ketua Menteri pertama Pulau Pinang, Tan Sri Wong Pow Nee, di Jalan Datuk Ooh Chooi Cheng. Rumah yang telah wujud sejak tahun 1907 ini mempunyai tumbuhan melata di bumbung dan pokok yang menjalar pada dinding. Majlis Bandaraya Seberang Perai mengiktiraf nilai sejarah rumah ini dengan meletakkan plak di laluan kaki lima rumah.
Alamat
Jalan Pasar, Bukit Mertajam