12 Mei Jambatan Merdeka Bumbong Lima
Jambatan Merdeka terletak di sempadan Kedah dan Pulau Pinang. Jambatan ini siap dibina pada tahun 1957 bagi menggantikan jambatan asal (1940) yang dimusnahkan oleh Tentera Jepun pada tahun 1942. Jambatan ini merintangi Sungai Muda dan menghubungkan negeri Kedah dengan Seberang Perai, Pulau Pinang. Jambatan ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama) dan dinamakan ‘Jambatan Merdeka’.
Alamat
Sempadan Kedah dan Pulau Pinang