25 Apr Taman Burung Pulau Pinang
Taman burung pertama dan terbesar di Malaysia ini ialah destinasi yang harus dituju di laluan pelancong Seberang Perai. Amati burung eksotik daripada burung matahari yang kecil sehingga burung unta besar dengan ketinggian 8 kaki yang bermain-main dalam persekitaran yang seakan-akan habitat semula jadi mereka. Dua kubah geodesi dan dua sangkar besar yang menempatkan ratusan burung jinak seperti merak, itik, burung kakak tua, menawarkan kenangan tidak ternilai dan detik yang mengujakan untuk semua. Jangan lupa untuk menjadualkan lawatan anda agar anda dapat menonton pertunjukan burung di taman ini, yang berlangsung setiap hari pada pukul 11.00 pagi & 3.30 petang.
Hari Beroperasi
Isnin – Ahad
Waktu Beroperasi
9 pagi – 6 petang
Pertunjukan burung 11.30 pagi – 3.30 petang
Alamat
Taman Burung Seberang Jaya, Jalan Todak, Seberang Jaya
Nombor Hubungan
+604-399 1899
E-mel
penangbirdpark@gmail.com