Perhubungan
Pengembara dari luar negara biasanya menaiki penerbangan sambung ke Pulau Pinang dari dua lapangan terbang utama yang beroperasi di Sepang – KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) dan KLIA2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2), dan satu lagi lapangan terbang di bandar – Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. Penerbangan domestik juga banyak tersedia untuk pelawat yang ingin ke Pulau Pinang dari negeri lain dalam Malaysia,; pelawat boleh terbang dengan mudah dari Kedah (Langkawi), Johor (Johor Bahru), Sabah (Kota Kinabalu), Kelantan (Kota Bharu) dan Sarawak (Kuching).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas akan menjalani peluasan. Peluasan ini merangkumi empat fasa dan dijangka akan selesai dalam 48 hingga 60 bulan. Pada masa ini, projek peluasan ini sedang ditangguhkan, sementara menanti pemuktamadan Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP). Kajian NASP tentang pembangunan lapangan terbang dijangka akan selesai pada tahun 2023, selari dengan Dasar Pengangkutan Negara. Projek ini dijangka akan meningkatkan kapasiti penumpang daripada 6.5 juta ke 25 juta setahun.