Bas Awam
Perkhidmatan bas awam negeri disediakan oleh Rapid Penang dan meliputi kawasan yang luas, kedua-duanya di pulau dan di tanah besar. Rapid Penang juga menawarkan perkhidmatan bas Transit Kawasan Pusat (CAT) percuma dalam George Town. Terminal di KOMTAR dan Penang Sentral ialah terminal pemindahan pusat bagi bas yang berulang-alik ke seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai. Anda hanya perlu bertanya kepada orang di sekeliling atau perhatikan tanda isyarat untuk mengetahui laluan bas yang paling sesuai untuk anda. Semasa menaiki bas Rapid Penang, maklumkan destinasi anda kepada pemandu, bayar amaun yang diperlukan dan ambil tiket perjalanan anda. Pastikan anda menyediakan jumlah wang yang tepat kerana semua bas tidak membawa wang baki atas sebab keselamatan.
* Tambang dikira berdasarkan jarak perjalanan.
Kad Pengangkutan (penggunaan 1 bulan)
Tambang:
Dewasa RM115 (Bukan Warganegara)
Pelajar RM60 (Bukan Warganegara)
Kad Pengangkutan (penggunaan 1 minggu)
Tambang:
Dewasa/ Pelajar RM30 (Bukan Warganegara)
Persediaan Permohonan
• 1 gambar pengenalan diri
• 1 salinan pasport pemohon
• 1 salinan pengenalan diri pelajar
• yuran RM5
Tapak web: www.rapidpg.com.my
Bas CAT Percuma
Bas Transit Kawasan Pusat (CAT) Percuma ialah perkhidmatan bas ulang-alik percuma yang beroperasi dalam George Town. Bas ini merupakan kaedah pengangkutan biasa bagi pengunjung untuk pergi ke tarikan popular tempatan secara percuma. Perjalanan bas adalah setiap 15 minit. Perhatikan bas Rapid Penang yang membawa tanda “Bas CAT Percuma”.
Waktu Operasi:
6:00 pagi hingga 11:45 malam
Tambang:
Percuma
Hentian Bas dari Terminal Feri ke KOMTAR
2 Terminal Feri → 3 Little India → 4 Imigresen → 5 Bank Negara → 6 Muzium → 7 Lebuh Muntri → 8 Lebuh Campbell → 9 KOMTAR
Hentian Bas dari KOMTAR ke Terminal Feri
9 KOMTAR → 11 Jalan Kedah → 12 Pasar Chowrasta → 13 Timur KOMTAR → 14 Lebuh Carnarvon → 15 Kampung Kolam → 16 Mahkamah Agung Pulau Pinang → 17 Dewan Sri Pinang → 18 Kota Cornwallis → 19 Lebuh Downing → 1 Pangkalan Quay → 2 Terminal Feri