12 Mei Batu Sempadan British Siam Pinang Tunggal
Posted at 15:12h
in Budaya & Warisan, Kawasan Bersejarah dan Mercu Tanda, Lawat & Lakukan, Semua, Tarikan
Batu Sempadan British Siam yang terletak di sebuah padang terpencil di Pinang Tunggal, Seberang Perai Utara telah dibina dengan tujuan menandakan sempadan dan memperingati peristiwa menandatangan perjanjian antara dua kawasan iaitu tanah jajahan British dan Kerajaan Siam pada tahun 1869. Ketika itu, Pulau Pinang masih berada di bawah pentadbiran British manakala Kedah pula masih berada di bawah pemerintahan Siam.
Alamat
Pinang Tunggal, Kepala Batas.