12 Mei Boulder Valley Glamping
Tarikan terbaru di kawasan pelancongan semula jadi Teluk Bahang-Balik Pulau ini membawakan konsep ‘glamping’ atau perkhemahan glamor. Di Boulder Valley Glamping, alam semula jadi yang mempesonakan bersama dengan kemewahan moden membolehkan pengunjung menikmati perkhemahan ‘di alam semula jadi’ tanpa perlu mengorbankan keselesaan dunia moden. Boulder Valley yang sengaja mengekalkan konsep asas dan bebas daripada kemewahan yang melampau, menawarkan kemudahan seperti katil, kamar mandi peribadi, penyaman udara, pemanas air, kipas, peti besi dan keperluan lain. Tapak ini juga menyediakan kemudahan bagi acara dan majlis yang membolehkan para tetamu menikmati pemandangan alam semula jadi hutan belantara menerusi bilik atau ruang yang berdindingkan kaca.
Alamat
8, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang
Nombor Hubungan
+6019-977 8995
E-mel
info@bouldervalleyglamping.com.my
Laman web
www.bouldervalleyglamping.com.my