Penang Travel Deals
槟城旅游优惠
檳城旅遊優惠
Ưu đãi du lịch Penang
Penawaran Khusus Wisata Penang
ดีลท่องเที่ยวปีนัง
페낭 여행 상품
Tawaran Pelancongan Pulau Pinang
ペナン旅行の詳細
عروض السفر في بينانغ
பினாங்கு செல்வதற்கான பயண டீல்கள்
The Habitat yang tersembunyi di Bukit Bendera ialah tempat terletaknya Langur Way Canopy Walk – Jambatan Reben Bertegasan pada Altitud Tertinggi di Dunia. Dengan panjang kira-kira 230 meter dan ketinggian 40 meter di atas lantai...
Mulakan hari anda dengan menikmati kehijauan alam di Bukit Katak. Dikenali dengan rupa bumi yang dianggap setara dengan Jiuzhaigou yang terkenal di China, Bukit Katak ialah lokasi kegemaran pencinta alam dan peminat fotografi. Terletak dalam jarak pemanduan yang singkat dari Kampung Agong, pendakian merangkumi laluan yang tidak rata dan berlekuk-lekak, tetapi pemandangan luas di atas tapak perlombongan timah adalah berbaloi. Pengunjung akan melihat pemandangan kolam berwarna firus bak dal
Bulatan Balik Pulau ialah mercu tanda unik yang mesti dilawati. Monumen bersejarah yang kecil namun menyimpan banyak sejarah ini dibina pada tahun 1882 oleh, hartawan Cina Koh Seang Tatt untuk memperingati kunjungan Gabenor Melaka ketika itu, Sir Frederick Weld ke Balik Pulau.
Mulakan pagi anda dengan bersiar-siar di sepanjang Street of Harmony dan mendalami tentang pengaruh empat agama berbeza – Kristian, Taoisme, Hindu dan Islam.
Gerai tepi jalan di Sungai Ara ini adalah salah satu tempat terbaik untuk menikmati kelazatan semangkuk mi hokkien. Berbeza dengan mi hokkien di Kuala Lumpur iaitu hidangan mi yang digoreng kilas dengan kicap pekat, mi hokkien Pulau Pinang diperbuat daripada air rebusan udang dan lazimnya dihidangkan bersama sayur kangkung, udang, telur dan satu sudu besar pes cili.
Original Penang Kayu Nasi Kandar telah menarik perhatian penduduk tempatan dan pelancong dengan kewujudan kedai ini selama berdekad-dekad. Apabila anda ke sini, pesanlah nasi kandar, sejenis hidangan nasi yang biasanya dibanjiri dengan sekurang-kurangnya dua jenis kari yang lazat, bersama ayam goreng, ikan, daging kambing, makanan laut atau sayuran.
Ikuti perjalanan yang bermaklumat melalui rempah-ratus dan biarkan pemandu pelancong yang berpengetahuan membawa anda bersiar-siar dan menceritakan kisah alam semula jadi, herba, bunga, hidupan liar dan sedikit sebanyak tentang peranan utama Pulau Pinang dalam perdagangan rempah zaman dahulu!