Hotel di Seberang Perai

Pulau Pinang menawarkan penginapan menyeluruh bagi memenuhi keperluan dan belanjawan berbeza, daripada hotel mewah, hotel butik dan apartmen servis, hingga hotel bajet, rumah tetamu tepi laut dan inap desa yang menarik.

Utara

Jika anda ingin melawat tarikan berdekatan seperti Butterworth Art Walk, hotel-hotel ini akan menjadikan Seberang Perai Utara cukup selesa untuk anda.

Tengah

Ini ialah sisi sibuk di Seberang Perai dengan sebilangan pusat beli-belah. Taman Burung Pulau Pinang – taman burung pertama dan terbesar di Malaysia – terletak di sini. Gereja St Anne yang terkenal terletak di Bukit Mertajam; peninggalan Cherok Tokun boleh ditemukan dalam kawasan gereja. Terdapat lebih banyak hotel dalam kawasan ini di Seberang Perai.

Selatan

Lawati Nibong Tebal dan Hutan Rekreasi Bukit Panchor, tempat anda boleh mengalami ekosistem paya bakau, meneroka persekitaran gua kelawar dan berjalan-jalan di pelantar laluan tanah lembap.