Penang Travel Deals
槟城旅游优惠
檳城旅遊優惠
Ưu đãi du lịch Penang
Penawaran Khusus Wisata Penang
ดีลท่องเที่ยวปีนัง
페낭 여행 상품
Tawaran Pelancongan Pulau Pinang
ペナン旅行の詳細
عروض السفر في بينانغ
பினாங்கு செல்வதற்கான பயண டீல்கள்
George Town telah menjadi kegemaran pelancong kerana pilihan penginapan butik yang eklektik, yang merangkumi rumah kedai tradisional yang telah dipulihkan dengan indah dan hotel yang bergaya dengan cita rasa tempatan. Penginapan di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town memudahkan anda meneroka George Town dengan berjalan kaki, berbasikal, menunggang motosikal atau menaiki beca.
Terletak di lokasi strategik antara bandar dengan pantai, hotel tinggi di Persiaran Gurney menawarkan panorama laut dan bandar yang mengagumkan. Laluan tepi laut yang ikonik dan mempunyai makanan jalanan yang lazat, aktiviti beli-belah bertaraf dunia dan hiburan malam ini merupakan kawasan tumpuan utama.
Jalur perairan utara Pulau Pinang yang terkenal dari Tanjung Bungah ke Batu Ferringhi menempatkan banyak resort pantai 3 hingga 5 bintang, dengan banyak pusat beli-belah, hiburan malam dan aktiviti ekopelancongan berdekatan. Untuk mendapatkan pengalaman kampung yang menggamit kenangan, terdapat inap desa di perkampungan nelayan lebih kecil berhampiran.
Zon tenggara berdekatan dengan taman berteknologi tinggi di Pulau Pinang, lapangan terbang antarabangsa, kelab golf, kedua-dua jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan pulau ke tanah besar dan beberapa pusat beli-belah terbesar di Pulau Pinang. Terdapat banyak hotel kelas perniagaan serta pusat konvensyen untuk dipilih termasuklah Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Bawah Tanah Pulau Pinang (SPICE) & Penang Waterfront Convention Centre yang dijadualkan siap dibina dalam masa beberapa tahun.