Penang Travel Deals
槟城旅游优惠
檳城旅遊優惠
Ưu đãi du lịch Penang
Penawaran Khusus Wisata Penang
ดีลท่องเที่ยวปีนัง
페낭 여행 상품
Tawaran Pelancongan Pulau Pinang
ペナン旅行の詳細
عروض السفر في بينانغ
பினாங்கு செல்வதற்கான பயண டீல்கள்
Rotan digunakan secara meluas untuk membuat bakul dan perabot. Pelajari cara menganyam barangan rotan sendiri dengan penganyam rotan veteran, Sim Buck Teik, ‘Warisan Hidup Pulau Pinang yang Sangat Berharga’. Beliau ialah penganyam rotan generasi kedua yang mewarisi kemahiran beliau daripada bapanya di daerah asal mereka di Teochew, sebelum berhijrah ke Tanah Melayu.
Pelajari cara membuat kasut manik ini dengan Kenny Loh, seorang artisan kasut manik. Kasut manik sangat bernilai kerana merupakan sebahagian penting budaya Peranakan dan dijahit dengan tangan menjadi corak yang halus.
Colok ialah sejenis dupa yang penting dalam ritual masyarakat Cina yang biasanya dibakar sebagai bentuk persembahan dan penyembahan. Mendiang Lee Beng Chuan dikenali sebagai pembuat colok tertua di dunia. En. Lee pernah membuat colok di rumah kedainya pada zaman sebelum peperangan berdekatan dengan Kuil Dewi Rahmat. Kini keluarganya mengambil alih perniagaan pembuatan colok beliau. Pengalaman yang mendatangkan kepuasan buat pencinta warisan.
Wayang kulit ialah persembahan patung wayang tradisional dengan figura patung yang diukir menjadi watak. Untuk mengadakan persembahan sendiri di rumah, bengkel ini akan mengajar tentang cara mencipta patung wayang anda sendiri.
Kelas Memasak Taman Herba Tropika adalah yang pertama di Pulau Pinang. Dilengkapi dengan stesen kerja yang dibina dengan tujuan, ini membolehkan pengunjung merasai pengalaman memasak secara praktikal yang menggamit kenangan. Di bawah bimbingan cef profesional dan berpengalaman, anda boleh mempelajari cara memasak pelbagai masakan Malaysia.
Pelajari proses pembuatan batik dan hasilkan corak dan rekaan kreatif anda di Rozana’s Batik. Bengkel ini akan menunjukkan panduan langkah demi langkah tentang pembuatan batik dengan panduan pakar batik.