LALUAN MAKANAN JALANAN

LALUAN MAKANAN JALANAN

LALUAN MAKANAN JALANAN

3 Hari 2 Malam

HARI PERTAMA

AIR ITAM KE GEORGE TOWN

SARAPAN

Mi Kari di Sister Curry Mee, Air Itam

Kakak dan adik berusia lapan puluhan di Sister Curry Mee ini telah mencipta nama sebagai warisan hidup yang menghidangkan mi kari yang dimasak di atas dapur arang. Dua hidangan terlaris adik-beradik ini ialah pes cili dan sotong istimewa dengan sos cili. Gerai ini kini diurus oleh cucu mereka.
Hari Beroperasi

Rabu – Isnin (Tutup pada Selasa)

Waktu Beroperasi

7.30 pagi – 1 petang

Alamat

Alley off Jalan Paya Terubong, Air Itam

E-mel

may2_murky22@hotmail.com

Laman web

www.facebook.com/currymeesister

SELEPAS SARAPAN

Laksa Asam di Bisu Laksa, Air Itam

Antara destinasi utama untuk dituju bagi pencinta laksa asam ialah Bisu Laksa. Gerai perniagaan keluarga ini telah menghidangkan laksa asam yang enak sejak tahun 1948. Pemilik gerai ini seorang yang cacat pendengaran, jadi pastikan anda menggunakan bahasa isyarat yang mudah ketika membuat pesanan.
Hari Beroperasi

Rabu – Isnin (Tutup pada Selasa)

Waktu Beroperasi

10 pagi – 5 petang

Alamat

Medan Selera Pasar Air Itam, Jalan Pasar, Air Itam

MAKAN TENGAH HARI

Nasi Biryani di Restoran Hameediyah, George Town

Rehatkan kaki anda dan jamu selera di Restoran Hameediyah, tempat yang sempurna untuk mendapatkan sepinggan nasi beriani panas dengan limpahan pelbagai jenis kari dan lauk-pauk.
Waktu Beroperasi

10.00 pagi – 10.00 malam (Tutup pada Jumaat di antara 1.00 petang – 3.00 petang untuk sembahyang)

Alamat

164, Lebuh Campbell, George Town

Nombor Hubungan

+6016-447 0164

Laman web

www.facebook.com/HAMEEDIYAHRESTAURANT

MINUM PETANG

Kuih Nyonya di Moh Teng Pheow Nyonya Koay & Canteen, George Town

Sediakan telefon pintar anda kerana sajian bersaiz tapak tangan di Moh Teng Pheow Nyonya Koay & Canteen bersifat mesra Instagram. Snek yang didatangkan dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz ini menggunakan perasa dan pewarna daripada bahan yang paling segar. Sesetengah daripada sajian ini diisi dengan kelapa parut dan kacang hijau sementara yang lain dikukus di dulang dan dipotong menjadi kepingan kecil.
Hari Beroperasi

Isnin – Ahad

Waktu Beroperasi

10.00 pagi – 5.00 petang

Alamat

Jalan Masjid, Off Lebuh Chulia

Nombor Hubungan

+6012-415 2677

Laman web

www.facebook.com/penangnyonyakuih

MAKAN MALAM

Char Kuetiau di Ah Shen Famous Char Koay Teow, Lebuh Presgrave

Meskipun laksa asam merupakan produk Pulau Pinang yang paling terkenal, hidangan yang paling dekat di hati penduduk tempatan ialah char kuetiau, sejenis hidangan mi yang digoreng pada suhu yang sangat tinggi dengan kicap cair atau pekat, cili, udang, kerang, tauge, kucai Cina dan telur.
Hari Beroperasi

Rabu – Isnin (Tutup pada Selasa)

Waktu Beroperasi

3.00 petang – 11.00 malam

Alamat

67B, Lebuh Presgrave, 10300 George Town

Nombor Hubungan

+6016-904 8893

MAKAN LEWAT MALAM

Lok-lok di Lebuh Carnarvon, George Town

Lok-lok yang merupakan makanan lewat malam yang popular di Pulau Pinang menawarkan aneka makanan, makanan laut, daging dan sayuran goreng yang dihidangkan pada pencucuk. Di sini, anda boleh memilih lok-lok yang anda inginkan dan mencelupkan pilihan anda ke dalam air yang mendidih untuk dimasak. Kemudian, tuangkan sos pilihan yang tersedia di hadapan anda ke atas lok-lok anda. Pencucuk lok-lok mempunyai warna di bahagian hujung dan ini menandakan harga yang perlu anda bayar selepas anda selesai.
Hari Beroperasi

Selasa – Ahad (Tutup pada Isnin)

Waktu Beroperasi

4.00 petang – 11.00 malam

Nombor Hubungan

+6012-529 9637

Alamat

16, Lebuh Carnarvon, George Town

HARI KEDUA

BAYAN LEPAS, BALIK PULAU, BATU FERRINGHI, PULAU TIKUS

SARAPAN

Roti Bakar dan Kopi Mentega di Bee Ghah Kopitiam, Teluk Kumbar

Mulakan hari anda dengan secawan kopi mentega panas. Seperti namanya, kopi yang disajikan di kedai kopi lama ini didatangkan dengan sepotong mentega. Kopi ini sesuai dipadankan dengan roti bakar kedai kopi ini bersama telur rebus separuh masak.
Waktu Beroperasi

7 pagi – 9 malam

Alamat

34 MK9, Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas

Nombor Hubungan

+6016-411 8024

SELEPAS SARAPAN

Mi Hokkien di Jalan Sungai Ara 1, Sungai Ara

Gerai tepi jalan di Sungai Ara ini adalah salah satu tempat terbaik untuk menikmati kelazatan semangkuk mi hokkien. Berbeza dengan mi hokkien di Kuala Lumpur iaitu hidangan mi yang digoreng kilas dengan kicap pekat, mi hokkien Pulau Pinang diperbuat daripada air rebusan udang dan lazimnya dihidangkan bersama sayur kangkung, udang, telur dan satu sudu besar pes cili. Jika anda makan hidangan ini di luar Pulau Pinang, itu bukanlah hidangan yang asli. Cubalah hidangan ini di Pulau Pinang untuk merasai nikmat sebenar semangkuk mi hokkien.
Hari Beroperasi

Selasa – Ahad (Tutup pada Isnin)

Waktu Beroperasi

10.00 pagi – 3.00 petang

Alamat

16, Sungai Ara 1, Sungai Ara, Bayan Lepas

MAKAN TENGAH HARI

Laksa Siam di Kedai Kopi Nan Guang, Balik Pulau

Kim Laksa menghidangkan dua jenis kuah – laksa asam dan laksa siam. Laksa siam yang berkrim dan kurang masam ialah pilihan yang tepat bagi anda yang lebih menyukai versi laksa asam yang tidak begitu kuat namun berkrim.
Hari Beroperasi

Rabu – Ahad & Cuti Umum
(Tutup pada Isnin dan Selasa)

Waktu Beroperasi

10 pagi – 5 petang

Alamat

67, Jalan Besar, Balik Pulau

Nombor Hubungan

+6017-446 4959

Laman web

www.facebook.com/KimLaksaB.P

MINUM PETANG

Pau Gula Merah (Roti Kukus), Balik Pulau

Peniaga ini mempunyai semua perisa pau klasik (kaya, babi barbeku, kacang), tetapi pau gula merah mereka adalah yang paling istimewa. Setiap pau disalut dengan gula melaka yang cair di dalam mulut. Pau gula melaka biasanya cepat habis dibeli oleh pelanggan, jadi pastikan anda datang awal ke sini.
Waktu Beroperasi

2:30 petang hingga habis dijual

Alamat

Jalan Besar, Balik Pulau

Nombor Hubungan

+6012-438 3643

MAKAN MALAM

Medan Selera Long Beach, Batu Ferringhi

Penjelajahan makanan anda tidak lengkap tanpa mencuba lebih banyak makanan jalanan di Medan Selera Long Beach. Pusat penjaja ini menawarkan pelbagai hidangan untuk memenuhi pelbagai cita rasa pengunjung, daripada laksa asam yang pedas-pedas masam sehinggalah char kuetiau kebanggaan Pulau Pinang.
Waktu Beroperasi

5.30 petang – 12.00 malam

Alamat

Jalan Batu Ferringhi

MAKAN LEWAT MALAM

Oh Chien di Restoran Bee Hooi, Pulau Tikus

Terletak di Jalan Burmah yang utama, Restoran Bee Hooi ialah tempat popular yang dibanjiri warga tempatan demi keinginan mereka untuk memakan oh chien (telur dadar tiram). Dengan gabungan kanji dan bancuhan telur yang tepat, telur dadar digoreng sempurna. Tiram yang segar dan gebu dicicah ke dalam sos cili pedas yang sedikit masam merupakan gabungan yang mempesonakan. Tidak dinafikan lagi, hidangan ini mempunyai ciri oh chien terbaik di Pulau Pinang.
Hari Beroperasi

Isnin – Ahad (Ditutup pada hari Selasa ganti)

Waktu Beroperasi

6.00 petang – 11.00 malam

Alamat

415, Jalan Burma, Pulau Tikus, George Town

HARI KETIGA

SUNGAI BAKAP, BUTTERWORTH, BUKIT MERTAJAM

SARAPAN

Chai Kueh di Kedai Kopi Soon Lee Hou, Sungai Bakap

Makanan istimewa Teochew ini ialah kegemaran penduduk tempatan. Chai kueh ialah sejenis ladu beras pulut berisi kucai Cina yang dikukus. Kedai ini juga menawarkan isi sengkuang dan labu.
Hari Beroperasi

Jumaat – Rabu (Tutup pada Khamis)

Waktu Beroperasi

7.00 pagi – 1.00 petang

Nombor Hubungan

+6012-421 7898

Alamat

738, Jalan Besar, Sungai Bakap

SELEPAS SARAPAN

Laksa di Restoran Wan Li, Sungai Bakap

Perniagaan ini menghidangkan pelbagai jenis laksa yang berbeza daripada laksa asam biasa di Pulau Pinang, hampir menyerupai gabungan laksa asam Pulau Pinang dan laksa Kedah. Laksa di kedai makan ini juga dihidangkan dengan keropok udang yang diletakkan di atas mi sebelum disiram dengan sup panas. Mesti dicuba!
Hari Beroperasi

Rabu – Isnin (Tutup pada Selasa)

Waktu Beroperasi

11.00 pagi – 6.00 petang

Nombor Hubungan

+6012-429 1945

Alamat

6, Jalan Seri Aman 1, Pusat Perniagaan Seri Aman, Sungai Jawi

MAKAN TENGAH HARI

Loh Mee di Ah Khoon Loh Mee, Butterworth

Masa untuk menyemarakkan deria rasa anda dengan satu lagi kegemaran tempatan, loh mee. Hidangan mi tumis reneh Fujian ini dihidangkan dalam kuah berkanji yang pekat. Makanan nostalgia yang terunggul.
Hari Beroperasi

Sabtu – Khamis (Tutup pada Jumaat)

Waktu Beroperasi

7.30 pagi – 2.00 petang

Nombor Hubungan

+6016-498 2609

Alamat

Medan Selera Lucky, Jalan Bagan Luar, Butterworth

MINUM PETANG

Rojak di Chiam-Chiam Rojak, Butterworth

Gerai ini menyajikan buah dan sayur potong yang dicelup ke dalam periuk bersama yang mengandungi sos pes udang pedas dan tidak pedas. Gaya rojak yang unik ini hanya boleh didapati di tanah besar.
Hari Beroperasi

Selasa – Ahad (Tutup pada Isnin)

Waktu Beroperasi

12.00 petang – 8.00 malam

Nombor Hubungan

+6016-497 7815 (Ms.Tan)

Alamat

Jalan Pantai, Butterworth

MAKAN MALAM

Nasi Mangkuk di BM Cup Rice, Bukit Mertajam

Masih teringin sesuatu yang unik di Bukit Mertajam? Hidangan tradisional ini ialah kegemaran zaman kanak-kanak bagi kebanyakan penduduk tempatan dan mendapat nama daripada mangkuk aluminium yang digunakan untuk mengukus nasi. Mangkuk ini kemudiannya diterbalikkan dan nasi dituangkan dengan sos daging yang lazat.
Hari Beroperasi

Khamis – Selasa
(Ditutup pada hari Rabu)

Waktu Beroperasi

6.30 pagi – 8.00 malam

Alamat

74, Jalan Danby, Bukit Mertajam

MAKAN LEWAT MALAM

Char Kuetiau di Duck Egg Char Koay Teow, Bukit Mertajam

Gerai ini yang menjual makanan nostalgia kesukaan penduduk tanah besar dikenali kerana char kuetiau goreng arang yang dihidangkan dengan telur itik yang digoreng mata kerbau. Barisan untuk sepinggan char kuetiau biasanya panjang, namun peminat hidangan ini tidak kisah menunggu.
Hari Beroperasi

Selasa, Rabu, Jumaat & Sabtu sahaja

Waktu Beroperasi

6.30 petang – 12.00 malam

Alamat

Jalan Pasar, Bukit Mertajam

Share On: