LALUAN MAKANAN JALANAN HALAL

LALUAN MAKANAN JALANAN HALAL

LALUAN MAKANAN JALANAN HALAL

3 Hari 2 Malam

HARI PERTAMA

GEORGE TOWN KE AIR ITAM

SARAPAN

Nasi Lemak di Ali Nasi Lemak Daun Pisang, George Town

Terletak betul-betul di pintu masuk Medan Selera Seri Weld, nasi lemak ini terkenal dalam kalangan pekerja pejabat dan pelancong kerana nasi lemak panas berbentuk piramid yang dibalut dalam daun pisang.
Hari Beroperasi

Isnin – Sabtu
(Ditutup pada hari Ahad)

Waktu Beroperasi

7 pagi – 3 petang

Alamat

Medan Selera Sri Weld, Lebuh Pantai, George Town

Nombor Hubungan

+6016-407 0717

SELEPAS SARAPAN

Mydin Bubur Kacang di Lebuh Pasar, George Town

Bubur kacang di sini kaya dengan sejarah seawal sebelum merdeka. Bubur kacang ialah sejenis pencuci mulut manis gaya India. Lengkapkan hidangan anda dengan kopi Chukku Malli, minuman herba India yang diperbuat daripada 11 jenis herba yang dicampurkan dengan sedikit kopi. Mesti cuba.
Hari Beroperasi

Sabtu – Khamis
(Ditutup pada hari Jumaat)

Waktu Beroperasi

11 pagi – 7 malam

Alamat

52, Lebuh Pasar, George Town

Nombor Hubungan

+6016-487 0030

MAKAN TENGAH HARI

Nasi Daun Pisang di Muthu Banana Leaf, George Town

Terletak di Lebih Acheen, restoran daun pisang yang diperakui halal ini ialah pilihan sangat bagus bagi pencinta nasi daun pisang. Hidangan sampingan yang mesti dicuba termasuklah rasam (sup rempah) dan varuval kambing atau ayam (digoreng kering dan berempah).
Hari Beroperasi

Setiap hari

Waktu Beroperasi

7.30 pagi – 4.00 petang

Alamat

153, Lebuh Acheh, George Town

Nombor Hubungan

+6012-431 5317

MINUM PETANG

Hameed Pata Mee Sotong, George Town

Hameed Pata Mee Sotong: Pekerja pejabat dan pelancong beratur siang dan malam untuk hidangan mi India Muslim yang pedas dan berbaloi di Hameed Pata Mee Sotong yang terletak di Medan Selera Kota Selera bersebelahan Kota Cornwallis. Gerai ini digemari kerana Mi Goreng dan Mi Rebus; kedua-dua menu ini dihidangkan dengan sambal sotong, yang dihidangkan dengan hiasan bawang goreng, daun bawang dan disudahi dengan sepotong limau untuk aroma yang enak.
Hari Beroperasi

Isnin – Sabtu
(Ditutup pada hari Sabtu)

Waktu Beroperasi

11.30 pagi – 8.00 malam (Isnin – Khamis, Sabtu)
11.30 pagi – 1.00 petang / 2.30 petang – 8.00 malam(Jumaat)

Alamat

Padang Kota Lama (Esplanade), bersebelahan Kota Cornwallis

Nombor Hubungan

+6013-431 9384

MAKAN MALAM

Nasi Kandar di Nasi Kandar Kampung Melayu, Air Itam

Jika anda masih belum perasan, kari dan nasi ialah makanan ruji penduduk Pulau Pinang. Kepekatan kari ada kalanya pekat atau cair dan padat dengan rasa. Cubalah semuanya dengan meminta “kuah campur”, iaitu campuran semua kari di atas nasi anda.
Hari Beroperasi

Isnin – Ahad (Tutup pada Isnin petang)

Waktu Beroperasi

6.30 pagi – 1.30 petang
4.30 petang – 10.00 malam

Alamat

A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu

Nombor Hubungan

+6016-400 3434
+6012-583 9771
+6010-450 3434

Laman Web

www.facebook.com/Nasikandarkgmelayu

MAKAN LEWAT MALAM

Nasi Itik Panggang & Pipa, Air Itam

Popular sebagai satu-satunya penjual nasi itik pipa Halal di negeri ini, Wan Hakimi (yang mempelajari resipi daripada bapa saudara Cina Muslimnya) telah menarik penggemar makanan yang mencari makanan halal sejak gerainya dibuka di Air Itam pada tahun 2020. Set nasi itik pipa Hakimi dihidangkan dengan kuah yang menyelerakan dan chai buey (renehan sawi).
Hari Beroperasi

Khamis – Selasa
(Ditutup pada hari Rabu)

Waktu Beroperasi

12.30 petang – 9.00 malam

Alamat

33A, Jalan Thean Teik, Kampung Melayu

Emel

w.hakimi2299@gmail.com

Nombor Hubungan

+6018-917 2822

Laman Web

www.facebook.com/99DuckRice

HARI KEDUA

GELUGOR, BALIK PULAU, BAYAN LEPAS

SARAPAN

Nasi Lemuni di Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor

Jika anda bertanya kepada orang luar sama ada mereka pernah mendengar tentang nasi lemuni, kemungkinan besar mereka akan menjawab “tidak”. Hidangan nasi istimewa utara yang dimasak dengan daun lemuni (vitex trifolia) ini biasanya dihidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, kacang goreng, telur rebus dan timun.
Waktu Beroperasi

7.30 pagi – 12.30 petang

Alamat

Astaka Taman Tun Sardon, Taman Tun Sardon, Gelugor

SELEPAS SARAPAN

Roti Canai Sarang Burung di Gerai Roti Canai Abah, Balik Pulau

Berasa agak lapar? Nikmati Roti Canai Sarang Burung di Gerai Roti Canai Abah. Gerai yang serba sederhana ini menyajikan versi roti canai yang unik, dengan telur dan daging cincang yang memenuhi lubang di tengah-tengah roti canai.
Hari Beroperasi

Selasa – Ahad (Tutup pada Isnin)

Waktu Beroperasi

7.00 pagi – 11.00 pagi

Alamat

Pusat Inkubator Kraf, Jalan Sungai Rusa, Balik Pulau

Nombor Hubungan

+6018-947 5083 (Taufiq)

MAKAN TENGAH HARI

Nasi Campur di Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau

Kedai makan ini dikenali dengan pelbagai hidangan masakan Melayu. Pelancong yang menyukai pedas dalam masakan boleh menambahkan gulai ayam, kari kepala ikan dan rendang daging ke dalam makanan anda.
Hari Beroperasi

Isnin – Sabtu (Tutup pada Ahad)

Waktu Beroperasi

10 pagi – 3 petang

Alamat

Jalan Sungai Nipah, Kampung Permatang Tengah, Balik Pulau

Nombor Hubungan

+6019-498 3655

MINUM PETANG

Laksa Janggus Kak Timah, Balik Pulau

Laksa Janggus di Balik Pulau, mula menyajikan Laksa Asam gaya Melayu di bawah teduhan Pokok Janggus atau pokok gajus. Berbeza dengan Laksa Asam gaya Cina dengan rasa asam jawanya yang ketara, rasa Laksa Janggus lebih lembut kerana tidak mengandungi Hae Koh atau pes udang yang mempunyai aroma yang kuat.
Hari Beroperasi

Khamis – Selasa
(Ditutup pada hari Rabu)

Waktu Beroperasi

3:30 petang – 8 malam

Alamat

Jalan Baru, Kampung Perlis, Balik Pulau

Nombor Hubungan

+6019-566 7061

MAKAN MALAM

Original Penang Kayu Nasi Kandar, Bukit Jambul

Original Penang Kayu Nasi Kandar telah menarik perhatian penduduk tempatan dan pelancong dengan kewujudan kedai ini selama berdekad-dekad. Apabila anda ke sini, pesanlah nasi kandar, sejenis hidangan nasi yang biasanya dibanjiri dengan sekurang-kurangnya dua jenis kari yang lazat, bersama ayam goreng, ikan, daging kambing, makanan laut atau sayuran.
Waktu Beroperasi

Isnin – Ahad
(24 jam)

Alamat

No. 15, Lebuh Nipah, Bukit Jambul

Nombor Hubungan

+6012-555 8475

Laman web

www.originalkayu.com.my

MAKAN LEWAT MALAM

Ramli Satay di Blue Bayou Food Court, Bayan Lepas

Sate di medan selera bersebelahan Kuil Ular ini akan menggembirakan deria rasa anda. Diperap dengan perapan istimewa, digril menggunakan arang sehingga nampak berkilau, sate yang dijual di sini sangat sedap dan berjus, sehingga anda akan datang lagi ke sini.
Waktu Beroperasi

7:30 malam–11:30 malam

Alamat

140, Jalan Tokong Ular, Bayan Lepas

Nombor Hubungan

+6010-843 8428

HARI KETIGA

BUTTERWORTH,  KEPALA BATAS, BUKIT MERTAJAM

SARAPAN

Nasi Kandar di Nasi Kandar Jeti, Butterworth

Jika perut anda meminta sepinggan nasi kandar, pergilah ke Nasi Kandar Jeti. Kedai makan ini adalah salah satu kedai nasi kandar popular di Butterworth. Ambil sepinggan nasi kukus dan nikmati bersama hidangan sampingan daripada kari kepala ikan, kari ayam, sayur dan banyak lagi.
Hari Beroperasi

Setiap hari

Waktu Beroperasi

6.30 pagi – 3.00 petang

Alamat

4784, Jalan Pantai, Butterworth

Nombor Hubungan

+6017-462 0846

Laman Web

www.facebook.com/nasikandarjeti

SELEPAS SARAPAN

Mi Bandung di Restoran Mi Bandung Noor, Butterworth

Walaupun berasal dari selatan, mi yang dihidangkan di sini disesuaikan dengan cita rasa tempatan dan akan membuatkan anda menginginkan hidangan ini lagi, dengan mi telur dan sup udang pedas, mi ini menjadi hidangan sarapan lewat yang sempurna.
Hari Beroperasi

Setiap hari

Waktu Beroperasi

11.30 pagi – 7.00 petang

Alamat

6720, Jalan Kampung Gajah, Kampung Gajah, 12000 Butterworth

Nombor Hubungan

+6016-498 0832

MAKAN TENGAH HARI

Ikan Bakar di Pak Din Ikan Bakar, Kepala Batas

Pak Din Ikan Bakar sentiasa menjadi buah mulut orang ramai, atas sebab yang bagus: tidak dinafikan lagi, restoran ini merupakan tempat Ikan Bakar terbaik yang boleh anda dapati di Pulau Pinang. Cubalah sendiri dan anda akan faham.
Hari Beroperasi

Sabtu – Rabu
(Ditutup pada hari Khamis & Jumaat)

Waktu Beroperasi

11 pagi – 4 petang

Alamat

6735, Jalan Butterworth, Kampung Permatang Manggis, Kepala Batas

Nombor Hubungan

+604-575 8602

MINUM PETANG

Cucur Udang di Restoran Shahul Hamid, Kepala Batas

Makanan nostalgia kesukaan ramai di Kepala Batas, restoran ini menghidangkan salah satu cucur udang (tepung sadur udang dan tauge yang digoreng) terbaik di pulau ini. Tekstur cucur udang ini adalah garing di luar dan lembut di dalam. Cucur udang di sini dihidangkan dengan tauhu goreng dan sos kacang.
Hari Beroperasi

Setiap hari

Waktu Beroperasi

8 pagi – 9:30 malam

Alamat

45, Jalan Butterworth, Kepala Batas

Nombor hubungan

+6012-454 0546

MAKAN MALAM

Mi Udang di Warung Paksu Mee Udang, Bukit Mertajam

Masa untuk makan malam! Anda yang teringin mi udang pasti akan menyukai Warung Paksu Mee Udang. Restoran yang tidak menonjol ini menghidangkan mi udang dengan tangkapan yang paling segar dari perkampungan nelayan berdekatan. Setiap mangkuk dihidangkan dengan hiasan bawang goreng, daun bawang dan disudahi dengan sepotong limau kasturi untuk aroma yang enak.
Hari Beroperasi

Jumaat – Rabu
(Ditutup pada hari Khamis)

Waktu Beroperasi

12.30 petang – 7.30 petang

Alamat

385, MK 12, Bagan Nyiur Juru, Bukit Mertajam

Nombor Hubungan

+6012-409 0771

MAKAN LEWAT MALAM

Key’s Char Koay Teow, Bukit Mertajam

Masih lapar? Pergi ke Key’s Char Koay Teow untuk mendapatkan sepinggan hidangan kuetiau ini. Kedai makan ini menghidangkan char kuetiau versi berkuah yang menggunakan stok udang yang penuh rasa. Hidangan mi yang mesti dicuba ini dihidangkan panas-panas dan sangat sesuai dimakan dengan cili hijau jeruk.
Hari Beroperasi

Setiap hari

Waktu Beroperasi

6.30 petang – 1.30 malam

Alamat

4964, Jalan Permatang Rawa, 14000 Bukit Mertajam

Nombor Hubungan

+6017-413 6793

Emel

keysevent@gmail.com

Share On: