LAWATAN PENDIDIKAN

LAWATAN PENDIDIKAN

LAWATAN PENDIDIKAN

2 Hari 2 Malam

HARI PERTAMA

Rumah Agam Cheong Fatt Tze*

Selami seni bina dan sejarah The Blue Mansion, salah satu permata seni bina George Town yang paling dibanggakan. Lawatan ini memberikan wawasan tentang sejarah kewujudan rumah agam ini, warisan dan individu yang wawasannya telah merealisasikan kewujudan rumah agam ini. Lawatan ini akan mengambil masa kira-kira 45 minit secara keseluruhan dengan merangkumi dewan majlis, ruang halaman yang terkenal dan pameran muzium di tingkat kedua.
Hari Beroperasi

Isnin – Ahad

Waktu Beroperasi

Lawatan berpandu tersedia setiap hari pada pukul
11 pagi dan 2 petang

Lawatan berpandu kendiri audio tersedia setiap hari antara
11 pagi – 6 petang
(maksimum 12 orang/sesi, perlu ditempah dalam talian menerusi laman web)

Alamat

14, Lebuh Leith, George Town

Nombor Hubungan

+604-262 0006

E-mel

reservations@cheongfatttzemansion.com

Laman web

www.cheongfatttzemansion.com

Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang*

Keturunan Peranakan yang mengamalkan beberapa budaya orang Melayu tempatan dan kemudiannya, budaya orang Inggeris zaman penjajahan telah mencipta gaya hidup dan adat unik serta pengaruh budaya seperti masakan dan bahasa, yang masih dapat dilihat di Pulau Pinang hari ini. Lawatan berpandu ini menawarkan pemahaman yang lebih baik tentang budaya Peranakan.
Hari Beroperasi

Isnin – Ahad

Waktu Beroperasi

9.30 pagi – 5.00 petang

Alamat

29, Lebuh Gereja, George Town

Nombor Hubungan

+604-264 2929

E-mel

rmhbaba@gmail.com

Laman web

www.pinangperanakanmansion.com.my

Rumah Yeap Chor Ee*

Rumah Yeap Chor Ee di George Town menumpukan perhatian pada hidup Yeap Chor Ee, tukang gunting rambut penghijrah yang menjadi seorang jurubank dan sejarah penghijrah di Pulau Pinang. Galeri sejarah sosial menyediakan lawatan berpandu dua kali sehari, dari Isnin hingga Jumaat.
Hari Beroperasi

Selasa – Sabtu (Galeri ditutup pada hari Ahad, Isnin dan setiap Sabtu minggu ketiga)

Waktu Beroperasi

10.00 pagi – 5.00 petang

Alamat

4, Lebuh Penang, George Town

Nombor Hubungan

+604-226 1997
+6016-456 8434 (Joanne)

E-mel

joanne@malihom.com

Laman web

www.houseyce.com

Rumah Muzik Pulau Pinang*

Selami Pulau Pinang yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan tradisi muzikal dengan lawatan ke Rumah Muzik Pulau Pinang. Pelajari tentang muzik berbeza dari era yang telah berlalu, seperti opera Cina, pelbagai jenis muzik India, bangsawan dan boria.
Muzium ini akan ditutup secara kekal pada 16 Mac.
Alamat

L4-02, Aras 4, ICT Digital Mall, KOMTAR

Nombor Hubungan

+604-370 6675

E-mel

info@penanghouseofmusic.com

Laman web

www.penanghouseofmusic.com

HARI KEDUA

TELUK BAHANG–BUKIT BENDERA

Taman Herba Tropika*

Ikuti perjalanan yang bermaklumat melalui rempah-ratus dan biarkan pemandu pelancong yang berpengetahuan membawa anda bersiar-siar dan menceritakan kisah alam semula jadi, herba, bunga, hidupan liar dan sedikit sebanyak tentang peranan utama Pulau Pinang dalam perdagangan rempah zaman dahulu! Sebagai alternatif, anda juga boleh bersiar-siar dan belajar mengikut rentak anda sendiri dengan lawatan audio.
Hari Beroperasi

Isnin – Ahad

Waktu Beroperasi

9.00 pagi – 4.30 petang (Isnin – Khamis)
9.00 pagi – 6.00 petang (Jumaat – Ahad)
Kemasukan terakhir 1 jam sebelum ditutup

Alamat

2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang

Nombor Hubungan

+6012-423 6797
+6019-491 8797

E-mel

info@tropicalspicegarden.com

Laman web

www.tropicalspicegarden.com

Ladang Buah-Buahan Tropika*

Hadiahkan diri anda lawatan buah-buahan tropika di Ladang Buah-Buahan Tropika. Dengan koleksi lebih 250 spesies berbeza dari seluruh rantau berserta Amerika Tengah, Amerika Selatan, Afrika Tengah, India, Timur Tengah, Caribbean dan Kepulauan Pasifik, lawatan ini memberikan banyak pengalaman yang bermaklumat dan menakjubkan untuk pelawat daripada semua tahap umur.
Hari Beroperasi

Isnin – Ahad

Waktu Beroperasi

9.00 pagi – 5.30 petang

Alamat

Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang

Nombor Hubungan

+6012-497 1931

E-mel

counter@tropicalfruitfarm.com.my

Laman web

www.tropicalfruitfarm.com.my

Denai Alam/Laluan Warisan di Bukit Bendera*

Jelajahi rizab alam semula jadi dan aktiviti yang menenangkan untuk individu, keluarga, pengunjung muda dan tua. Terdapat Denai Alam & Laluan Warisan yang menawarkan peluang kepada pelawat untuk menghargai panorama yang menakjubkan, kecantikan semula jadi hutan hujan yang kaya dengan flora dan fauna serta banglo gaya zaman penjajahan yang aneh tetapi menarik.
Alamat

Bukit Bendera

Nombor Hubungan

+6016-420 1189

E-mel

naturewalkspenhill@gmail.com

Laman web

www.facebook.com/NatureWalksPgHill

Penjelajahan Malam Bukit Bendera*

Peluang sekali seumur hidup untuk melihat keajaiban malam hutan hujan Bukit Bendera. Banyak haiwan, terutamanya serangga, amfibia dan reptilia yang bersembunyi daripada pemangsa pada waktu siang. Ini bermakna, waktu malam ialah masa terbaik untuk menemukan katak, ular yang pemalu dan makhluk hutan hujan lain yang hanya keluar pada waktu malam. Anda tidak akan sangka makhluk menakjubkan yang akan anda temui!
Alamat

Bukit Bendera

Nombor Hubungan

+6016-420 1189

E-mel

naturewalkspenhill@gmail.com

Laman web

www.penanghill.gov.my

* Tarikan pelancong ini menyediakan lawatan dalaman pada masa berbeza. Hubungi nombor telefon yang tertera terlebih dahulu untuk menyemak jadual lawatan dan untuk menempah slot anda.
Share On: