12 Mei Makam Kerabat Diraja Kedah
Makam Diraja Kedah ialah warisan Kesultanan Melayu Kedah. Bangunan makam ini diasaskan oleh Almarhum Tunku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah sebelum tahun 1821. Pada 12 November 1821, Armada Siam dari Ligur telah menceroboh dan menawan Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ketika itu, melarikan diri dari istananya di Pulau Tiga ke kawasan ini dan telah diselamatkan oleh adinda lelakinya, Tunku Sulaiman, sebelum mendapatkan perlindungan daripada British di Pulau Pinang. Kawasan ini dinamakan sebagai tanah kurniaan oleh British.
Alamat
Kampong Kota, Permatang Pasir