Pelancongan Pelayaran Persiaran

Terminal Kapal Persiaran Swettenham ialah penambahan terkini dan paling penting pada Pelabuhan Pulau Pinang selepas pembinaan semula utama pada tahun 2010. Jeti baharu ini menempatkan kapal pelayaran persiaran Quantumclass, dengan pelabuhan utama yang mampu mengendalikan kapal pelayaran persiaran yang lebih besar. Antara kapal besar yang pernah mengunjungi pelabuhan ini ialah Quantum of The Seas dan Ovation of The Seas daripada Royal Caribbean Cruisers dan kapal mewah, Queen Elizabeth.

 

Di samping itu, pengendali pelayaran persiaran terkenal seperti Costa Crociere, Princess Cruises dan Celebrity Cruises juga kerap berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang. Jumlah bilangan kunjungan antarabangsa ke pelabuhan ini sehingga hujung tahun 2018 ialah 176, dengan muatan penumpang lebih daripada 341,000.