Seni Jalanan

Seni Jalanan

Seni jalanan semakin menarik perhatian pelancong dan ahli seni pada tahap global, menyemarakkan pelancongan gaya baharu yang menghubungkan pelancong dengan pelbagai budaya, warisan dan seni yang terdapat di bandar ini. Melalui seni jalanan, hasil seni tidak lagi terkurung di dalam muzium atau galeri. Hari ini, seni jalanan boleh dilihat menghiasi laluan kaki lima bandar dan dinding rumah kedai zaman prapeperangan, memberi pelancong bayangan sekilas tentang sejarah dan warisan budaya negeri ini. Arena seni jalanan bandar warisan George Town mungkin terkenal, namun mural lain di Balik Pulau, Air Itam, Butterworth dan Bukit Tambun juga berbaloi untuk dilawati.