25 Apr Street of Harmony (Gereja St. George, Kuil Dewi Rahmat, Kuil Sri Maha Mariamman, Masjid Kapitan Keling)
Mulakan pagi anda dengan bersiar-siar di sepanjang Street of Harmony dan mendalami tentang pengaruh empat agama berbeza – Kristian, Taoisme, Hindu dan Islam.
Gereja St. George, yang dibina pada abad ke-19, ialah gereja England yang terawal dibina di Asia Tenggara dengan lantai marmar berwarna biru pastel yang menenangkan di dalam bangunan. Kawasan luaran yang dihias dengan sempurna tampak mewah mengelilingi astaka gaya zaman Victoria.
Beberapa langkah dari gereja ini terletaknya Kuil Dewi Rahmat yang dibina pada tahun 1728 dan merupakan kuil Taoisme yang tertua di Pulau Pinang. Anda boleh mencuba pembacaan kayu nasib di sini.
Kuil Sri Maha Mariamman, kuil Hindu tertua di Pulau Pinang – dibina pada tahun 1833, juga terletak berdekatan, menampilkan arca dewa dan dewi Hindu pada gerbang masuk utama dan fakad.
Belok di satu simpang dan anda akan temui Masjid Kapitan Keling, sebuah masjid yang dibina oleh pedagang India Muslim pada abad ke-19. Anda dikehendaki memakai jubah yang akan disediakan untuk anda. Kemasukan ke kawasan empat tempat ibadat ini adalah percuma.
Alamat
Jalan Masjid Kapitan Keling